Wednesday, July 4, 2012

maaf

assalamualaikum <3

hiiii.. bertemu kita sekali lagi..hehe.. hr ni smgt skit nk update blog sbb bru hbs paper tghhari td.. so esok ade lg satu exam..oral examm..the very very very last exam..hoyeahhhhh!! okay done. so kali ni nk ckp pasal maaf. Maaf mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka : kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan). saya di sini bukan nak buat karangan psl isu maaf.. just nak share a few simple things pasal maaf which i found it interesting..

okay okay..al kisahnya mcm ni.. hr tu.. kemas brg.. i mean pack brg msok dlm kotak utk pindah nnti.. so mse tgh sort out things..jumpe la note2 kecik..mosttly dr housemate..clasmate ade la jgk. satu dua..


walaupun kecik..but it means a lot!

apekene mengena note2 kecik ni ngn maaf kann? so here we go.. manusia menurut wikipedia bermaksud  Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. heeeee :D alhamdulillah.. hebat kita ni..

manusia ni kompleks.. hidupan plg kompleks..hidupann paling... ehh ehhh..ape citer bio plk ni kann.. tak.. sbnrnye nak ckp yg manusia ni lain lain..so cara penyampaian kata maaf pon lain lain.. #jauh plk pusing kan..hehe#

ade orang tak de masalah nak ckp "awak, kita mintak maaf..kita taw kitaa........' atau "wehh..aku x sengaja..aku mintak maaf'" atau mungkin " ye, saya tahu ni salah saya.saya minta maaf". to me.. these people are great.. ye la.. cube fikir.. berape kerat je manusia dlm dunia ni yg mampu mengaku salah dan mintak maaf secara lisan or terang terangan. anda mampu????


muka kesian..cet!!

tp to those yg tidak tergolong dlm golongan homo sapien tu..dont feel bad.. manusia tak semua sama kann.. tak pe.. as i said earlier.. lain org lain cara.. ade orang minta maaf dgn cara kemas rumah..ini bile buat salah dgn mak ayah la ni.. dah buat salah baru gheti nk pegang penyapu kannn..


ade orang mintak maaf dgn cara membelanja ahli bait die barang2 rumahh..heeeeee :D ade orang minta maaf dgn buat muka comel #ini tidak boleh diterima sama sekali# ade jugak org yg mintak maaf dgn buat status kat fb  ngn twitter.. ini cara termoden la so far..haha


alololololoooo...:p

walau mcm mne pon carenye... kok atah ko.. kok bawah ko (bacaan spt = ikut atas ke..ikut bawah ke)
yang penting niat kat hati tu.. biar ikhlas kerana ALLAH okayy..:))

sebagai penutup..ni nak share skit..
katakanlah. "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
                            (  Az-Zumar : 53)













Sunday, July 1, 2012

zina hati.

assalamualaikum <3

huishhh..berhabuk dah blog ni.. hr ni 1 july.. bdk dentist punye last paper..hmm..untung laa kannn.. medic 6 july bru hbs..takpe takpe..seminggu je lagi..the very last paper..hoyeahhh!!so today..im not going to mumble about exam..theres something i would like to share..its going to be a very long entry..but i'll try my best not to make u feel bored..heeee :D

okay.. perlu diingatkan.. saya bknlah ustazah atau ape2 yg seangkatan dgnnya.. sy cuma mjalankan slh satu tanggungjwb sbg seorang muslim iaitu menyampaikan. so its going to be about zina..zina ni ade byk cabang.. zina mata, tangan, lidah, telinga, hati.. obviously im gonna talk about zina hati.. ive read one of the articles from the web..and i think this one is very interesting and helpful though its kinda long..but yeah..its worth it!
sy tak de la nak ckp ape2 sgt..as i said earlier..the idea is menyampaikan.. so im gonna cut n paste je part2 yg penting.. so feel free to read..coz as a muslim.. u really need to know this...why? not just bcos ure in love #haaa!!# its about hukum hakam yg byk sgt org salah faham.. seriously.

pernah jumpa org cmni atau pernah jadi cmni?
Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”
makanya, bacalah smpai habis yee.. 
ape sebenarnya zina??
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).
Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).
Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

 zina hati?? baca dan fahamkan.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
#ini tidak betul ye..fahamkan yang ini pula.



 yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).
Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).



zina kecil cmne pulak? tahuu?

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.
Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

faham so far? okay..we go to the next level..*part yg korang suka sangat..hehe

APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??
Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.
Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

analoginya seperti berikut..

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

buka mata buka hati ya sahabati =)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

  • Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

  • Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

  • Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.
sila betulkan fahaman anda.

so cmne? lega dah hati tuu?? hahaha.. okay look. this is actually a serious matter..  why is it so? because ramai sgt org yg salah faham tentang konsep zina hati.. ramai sangat.. ramai sgt yg sewenang2nya meletakkan hukum haram.. okay..these are the example :

CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN (last last..sila baca)

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.
Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?
Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.
Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.

4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?
Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.
Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.
Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.


closure.
so how was it? i know its a long entry..a lot to read.. but dont u think its worth it? heee..ok ok.. up to u.. sy disini cuma menyampaikan.. i hope u get something after reading it.. so..im done and will be updating this blog #insyaallah# more frequently after this. after the exam precisely. till we meet again..assalamualaikum :)

Thursday, April 5, 2012

being nineteen

nothing much can be told about me being 19. 
not telling that i had bad day.. no. do received birthday wishes from family, best friends, friends, classmate and all. yet i felt __________. im not sure what the best word to describe. i wonder why this day of birth should be a special day.. i guess ive grown up..haha.. yeah well, when i was a kid.. this day is a day which ive been waiting for.. gifts, cakes and stuff.. but somehow i dont feel it anymore. i remembered that morning, i woke up with a message "selamat hari jadi. ibu doakan awin berjaya dunia akhirat." thats good enough for me. i dont need the whole world to know today is my birthday. really. 

Friday, March 2, 2012

happy belated birthday

assalamualaikum <3

23rd feb hari tu.. saya ngn ahli bait(housemate) buat surprise birthday party utk one of our houemate.. actually birthday die on 17th feb but mse tu tgh exam midyear.. x dapek la nak buat ape2.. wish je la.. kek x de..kad x de..ape pon x de.. kesian kaka..tp rsenye die fhm yg kitorg ni tgh examm.. ohh btw..her name is atiqqah but we called her kaka..:p tak pyh tnye la knp nme die kaka...kang panjang plk citer..hehe



kitorg hbs exam 22 feb.. paper dlm pkol 11pg cmtu.. settle je sume sy ngn fyy tros g beli brg untuk masak.. i repeat..UNTUK MASAK!  biasenye besday org lain..kitorg wat surprise kat luar.. kat rooftop , kat pizza hut , cook door.. makan luar la senang citer.. tp disebabkan bil elektrik melambung lambung tu.. jadi sume poket kering kontang lahh nmpknye.. so kitorg plan buat kat rumah je lahhhh...

name pon surprise party kan..so kitorg pakat ngn nina (classmate kaka). suruh die ajak kaka keluar.. while kitorg masak.. decorate rumahh..

in the making..

 
simple yet meaningful :)

selain kami 6 org ni..kami ajak jugak jiran sebelah..atas.. dan beberapa kawan dentistry kaka.. so overall.. ade la dlm 20 org termasuk kami.. okay la.. x de la rmai sgt.. meriah la jgk..  let the pictures tells u the story lahh..:)

  waiting for her arrivals..

sampaii dahhh..

jiran dan tuan rumah :)

sume dah ada..ape lagi makan lahhh..hehe

banyakkan?kan?kan? sume tu buat sendiri taw..i repeat.. BUAT SENDIRI!! tapi buat same2 la.. x de la buat sorgg.. antara menunye.. makaroni bakar, 2 instant kek..*hehe* kek coklat ngn pisang.. 4 homemade pizza.. dadih..puding caramel, fries..air oren dan ade 1 desert jiran bawakk..:)) penat mmg penat..tapi sgt bestttt.. 


lastly, to kaka.. happy 19th birthday <3



Thursday, February 23, 2012

duit itu money..

assalamualaikum <3

baru habis examm :) :) :) 4 paper..2 mggu.. okay.. bkn nk citer pasal exam.. nak citer psl duit..
huhuhuuh..x de duit..duit habis..sume bpunca dari bil elektrik..
guess what.. bil elektrik rmh sy bln 1 ngn 2..1500LE!!!!!!  which means rm700++.. 
gile taw x nak byr.. dan kitorg pnye rumah la yg plg mahal..
rmh lain paling mahal pon 1060le.. 


mcm nk tercabut jantung ble dpt bil..
bil rumah kat msia pon x semahal tu..huhu
so bile disiasat sane sini..tnye org..tnye org ni..
mostly kate pgunaan heater yg x terkawal..
yelahh..skrg kan winter..mmg sejuk giler babun r kalo x bkk heater..
rse cm bile heater x de..sume beku dlm saratoga(comforter)..haha

inilah rupenye hearter yg memakan duit2 kami..

 so bile bhgi2kan.. sorg kne byr dkt 300!!
mcm tu je duit melayangggg..huhu
skrg nk bli coklat 50sen pon kne fikir sepuluh kali :(